Tuesday 6 November 2018

ULAMA EMPAT MAZHAB HARAMKAN SAMBUTAN AGAMA ORANG KAFIR

*ULAMA EMPAT MAZHAB LARANG UCAPAN SELAMAT HARI RAYA KAFIR*

Para ulama empat mazhab melarang bagi seorang muslim mengucapkan selamat perayaan raya dan memberikan hadiah sempenan hari raya non muslim.

(1) MAZHAB HANAFIYAH.

Dalam kitab fikih mazhab Hanafi menyebutkan:

قَالَ - رَحِمَهُ اللَّهُ - (وَالْإِعْطَاءُ بِاسْمِ النَّيْرُوزِ وَالْمِهْرَجَانِ لَا يَجُوزُ) أَيْ الْهَدَايَا بِاسْمِ هَذَيْنِ الْيَوْمَيْنِ حَرَامٌ بَلْ كُفْرٌ وَقَالَ أَبُو حَفْصٍ الْكَبِيرُ - رَحِمَهُ اللَّهُ - لَوْ أَنَّ رَجُلًا عَبَدَ اللَّهَ تَعَالَى خَمْسِينَ سَنَةً ثُمَّ جَاءَ يَوْمُ النَّيْرُوزِ وَأَهْدَى إلَى بَعْضِ الْمُشْرِكِينَ بَيْضَةً يُرِيدُ تَعْظِيمَ ذَلِكَ الْيَوْمِ فَقَدْ كَفَرَ وَحَبَطَ عَمَلُهُ وَقَالَ صَاحِبُ الْجَامِعِ الْأَصْغَرِ إذَا أَهْدَى يَوْمَ النَّيْرُوزِ إلَى مُسْلِمٍ آخَرَ وَلَمْ يُرِدْ بِهِ تَعْظِيمَ الْيَوْمِ وَلَكِنْ عَلَى مَا اعْتَادَهُ بَعْضُ النَّاسِ لَا يَكْفُرُ وَلَكِنْ يَنْبَغِي لَهُ أَنْ لَا يَفْعَلَ ذَلِكَ فِي ذَلِكَ الْيَوْمِ خَاصَّةً وَيَفْعَلُهُ قَبْلَهُ أَوْ بَعْدَهُ لِكَيْ لَا يَكُونَ تَشْبِيهًا بِأُولَئِكَ الْقَوْمِ، وَقَدْ قَالَ - صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ - «مَنْ تَشَبَّهَ بِقَوْمٍ فَهُوَ مِنْهُمْ»

Bermaksud: Abu al-Barakat al-Nasafi al-Hanafi (wafat 710 H) berkata: "Memberikan hadiah sempena hari raya Nairus dan Mihrajaan tidak boleh". Iaitu memberikan hadiah-hadiah sempena kedua hari raya ini adalah haram bahkan kufur. Berkata Abu Hafsh al-Kabir rahimahullah: "Seandainya seseorang menyembah Allah Ta'ala selama 50 tahun kemudian tiba hari perayaan Nairuz dan dia memberi hadiah sebiji telur kepada sebahagian kaum musyrikin, kerana dia ingin mengagungkan hari tersebut maka dia telah kafir dan telah gugur amalannya". Penulis kitab al-Jaami' al-Asghar berkata: "Jika pada hari raya Nairuz dia memberikan hadiah kepada muslim yang lain, namun bukan bertujuan mengagungkan hari tersebut tapi hanya mengikut kebiasaan/tradisi sebahagian masyarakat maka dia tidaklah kafir, tapi hendaknya dia tidak melakukannya pada hari tersebut secara khusus, namun dia lakukan sebelum atau sesudah hari tersebut agar tidak  tasyabbuh dengan mereka. Nabi saw bersabda: "Sesiapa yang menyerupai suatu kaum maka dia termasuk sebahagian dari mereka" (Al-Bahr Ar-Raaiq Syarh Kanz al-Qaiq, karya Ibnu Nujaim al-Mishri, beserta Takmilah 8: 555, Rujuk juga Tabyinu al-Haqaiq Syarh Kanz al- Qaiq, karya al-Zaila'i, 6: 228).

(2) MAZHAB MALIKIYAH

Berkata Ibnu al-Haaj al-Maliki (wafat 737 H):

وَبَقِيَ الْكَلَامُ عَلَى الْمَوَاسِمِ الَّتِي اعْتَادَهَا أَكْثَرُهُمْ وَهُمْ يَعْلَمُونَ أَنَّهَا مَوَاسِمُ مُخْتَصَّةٌ بِأَهْلِ الْكِتَابِ فَتَشَبَّهَ بَعْضُ أَهْلِ الْوَقْتِ بِهِمْ فِيهَا وَشَارَكُوهُمْ فِي تَعْظِيمِهَا يَا لَيْتَ ذَلِكَ لَوْ كَانَ فِي الْعَامَّةِ خُصُوصًا وَلَكِنَّك تَرَى بَعْضَ مَنْ يَنْتَسِبُ إلَى الْعِلْمِ يَفْعَلُ ذَلِكَ ... بَلْ زَادَ بَعْضُهُمْ أَنَّهُمْ يُهَادُونَ بَعْضَ أَهْلِ الْكِتَابِ فِي مَوَاسِمِهِمْ وَيُرْسِلُونَ إلَيْهِمْ مَا يَحْتَاجُونَهُ لِمَوَاسِمِهِمْ فَيَسْتَعِينُونَ بِذَلِكَ عَلَى زِيَادَةِ كُفْرِهِمْ ...

وَقَدْ جَمَعَ هَؤُلَاءِ بَيْنَ التَّشَبُّهِ بِهِمْ فِيمَا ذُكِرَ وَالْإِعَانَةِ لَهُمْ عَلَى كُفْرِهِمْ فَيَزْدَادُونَ بِهِ طُغْيَانًا إذْ أَنَّهُمْ إذَا رَأَوْا الْمُسْلِمِينَ يُوَافِقُونَهُمْ أَوْ يُسَاعِدُونَهُمْ، أَوْ هُمَا مَعًا كَانَ ذَلِكَ سَبَبًا لِغِبْطَتِهِمْ بِدِينِهِمْ وَيَظُنُّونَ أَنَّهُمْ عَلَى حَقٍّ وَكَثُرَ هَذَا بَيْنَهُمْ. أَعْنِي الْمُهَادَاةَ حَتَّى إنَّ بَعْضَ أَهْلِ الْكِتَابِ لَيُهَادُونَ بِبَعْضِ مَا يَفْعَلُونَهُ فِي مَوَاسِمِهِمْ لِبَعْضِ مَنْ لَهُ رِيَاسَةٌ مِنْ الْمُسْلِمِينَ فَيَقْبَلُونَ ذَلِكَ مِنْهُمْ وَيَشْكُرُونَهُمْ وَيُكَافِئُونَهُمْ. وَأَكْثَرُ أَهْلِ الْكِتَابِ يَغْتَبِطُونَ بِدِينِهِمْ وَيُسَرُّونَ عِنْدَ قَبُولِ الْمُسْلِمِ ذَلِكَ مِنْهُمْ

Bermaksud: "Pembicaraan tentang musim-musim (perayaan) yang biasa dilakukan oleh kebanyakan mereka walaupun mereka tahu bahawasa perayaan hari raya2 tersebut adalah khusus (perayaan hari raya) untuk ahli kitab. Maka sebahagian orang zaman ini meniru kepada mereka (ahli kitab), menyertai mereka dalam mengagungkan hari raya2 tersebut. Alahai.....seandainya tasyabbuh (meniru-niru) tersebut hanya dilakukan oleh orang2 muslim awam, malangnya, engkau melihat sebahagian ahli ilmu juga melakukan perkara (perayaan) tersebut…..Bahkan sebahagian mereka lebih teruk sehingga (sanggup) memberikan hadiah kepada sebahagian ahli kitab pada hari perayaan mereka. Bahkan, mengirimkan apa yang mereka perlukan dalam perayaan mereka, sehingga dengan perbuatan tersebut, para ahli kitab terbantu semakin bertambah kekafirannya.…
Dengan itu, mereka telah menggabungkan antara tasyabbuh dengan ahli kitab…..dengan membantu mereka melakukan perbuatan kekafiran. Maka ahlul kitab semakin teruk dalam kekufuran, sebab mereka melihat kaum muslimin mengakui/bertasyabbuh dengan mereka atau membantu mereka atau kedua-duanya sekali. Hal ini menjadi alasan kenapa mereka suka/bangga dengan agama mereka, dan mereka menyangka mereka berada diatas kebenaran, dan inilah yang sering berlaku pada (fikiran) mereka, yang aku maksud adalah saling memberi hadiah. Sehingga sebahagian ahli kitab sanggup memberi hadiah hasil daripada sebahagian perayaan mereka kepada sebahagian pemimpinan (pemegang jawatan) dari kalangan muslim, kemudian merekapun menerima hadiah tersebut dan berterima kasih dengan membalas kepada para pemberi hadiah (ahli kitab). Sehingga majoriti ahli kitab bangga dengan agama mereka serta bergembira ketika seorang muslim menerima hadiah sempena hari raya mereka…(Al-Madkhal, 2: 46-48).

(3) MAZHAB SYAFI'IYYAH

Para ulama mazhab Syafi'iyyah telah mengharamkan mengucapkan selamat sempena hari raya orang-orang kafir. Bahkan orang yang mengucapkan selamat layak untuk ditakzir (dihukum) !!!

Al-Khathib al-Syarbini berkata:
"Ditakzir (dihukum) orang (muslim) yang bersama-sama orang-orang kafir merayakan perayaan-perayaan mereka. Demikian juga ditakzir (dihukum) orang yang memegang ular dan masuk dalam api, serta orang yang memanggil kepada kafir zimmi "Yaa Haaji". Dan orang yang mengucapkan selamat kepada perayaan orang kafir, orang yang menamakan orang yang menziarahi kubur orang soleh sebagai haji, orang yang berusaha melakukan namimah" (Mughni al-Muhtaaj, 4: 255).

Imam Ibnu Hajar al-Haitami berkata:

ثُمَّ رَأَيْت بَعْضَ أَئِمَّتِنَا الْمُتَأَخِّرِينَ ذَكَرَ ما يُوَافِقُ ما ذَكَرْتُهُ فقال وَمِنْ أَقْبَحِ الْبِدَعِ مُوَافَقَةُ الْمُسْلِمِينَ النَّصَارَى في أَعْيَادِهِمْ بِالتَّشَبُّهِ بِأَكْلِهِمْ وَالْهَدِيَّةِ لهم وَقَبُولِ هَدِيَّتِهِمْ فيه وَأَكْثَرُ الناس اعْتِنَاءً بِذَلِكَ الْمِصْرِيُّونَ وقد قال صلى اللَّهُ عليه وسلم من تَشَبَّهَ بِقَوْمٍ فَهُوَ منهم بَلْ قال ابن الْحَاجِّ لَا يَحِلُّ لِمُسْلِمٍ أَنْ يَبِيعَ نَصْرَانِيًّا شيئا من مَصْلَحَةِ عِيدِهِ لَا لَحْمًا وَلَا أُدْمًا وَلَا ثَوْبًا، وَلَا يُعَارُونَ شيئا وَلَوْ دَابَّةً إذْ هو مُعَاوَنَةٌ لهم على كُفْرِهِمْ، وَعَلَى وُلَاةِ الْأَمْرِ مَنْعُ الْمُسْلِمِينَ من ذلك

Bermaksud: "Aku melihat sebahagian para imam kami dari kalangan mutakhirin telah menyebutkan apa yang sepertimana yang aku telah sebutkan. Beliau berkata: "Diantara bid'ah yang paling buruk adalah kaum muslimin sepakat bersama-sama kaum nasrani merayakan hari perayaan2 mereka, iaitu dengan meniru-niru mereka, memakan makanan mereka, memberi hadiah kepada mereka, menerima hadiah dari mereka. Orang yang paling memberi perhatian (melakukan) perbuatan ini adalah orang-orang Mesir. Padahal Nabi saw telah bersabda: "Sesiapa yang menyerupai suatu kaum maka da termasuk sebahagian dari mereka".
Bahkan Ibnu al-Haaj berkata: "Tidak halal bagi seorang muslim untuk menjual sesuatu bagi seorang nasrani yang berkaitan dengan kemaslahatan perayaan mereka, sama ada daging, sayur, mahupun baju. Tidak boleh kaum muslimin meminjamkan apapun kepada mereka, termasuk meminjamkan haiwan tunggangan. Kerana ini, termasuk membantu mereka dalam kekafiran. Dan wajib bagi pemerintah untuk melarang kaum muslimin dari perkara tersebut" (Al-Fatawa al-Fiqhiyah al-Kubra, 4: 238).

(4) MAZHAB HAMBALIYAH

Dalam kitab al-Iqna' disebutkan:

ويحرم شهود عيد اليهود والنصارى وبيعه لهم فيه ومهاداتهم لعيدهم ويحرم بيعهم ما يعملونه كنيسة أو تمثالا ونحوه وكل ما فيه تخصيص كعيدهم وتمييز لهم وهو من التشبه بهم والتشبه بهم منهي عنه إجماعا وتجب عقوبة فاعله

Bermaksud: "Haram menyaksikan perayaan yahudi dan nasrani, juga haram menjual (sesuatu) kepada mereka sempena perayaan tersebut serta haram memberi hadiah kepada mereka sempena hari raya mereka. Haram menjual kepada mereka apa yang mereka gunakan (dalam acara/program perayaan mereka) untuk membuat gereja atau patung dan yang semisalnya (seperti buat salib dll-pen). Haram apa sahaja perkara yang menunjukkan pengkhususan pada mereka seperti perayaan, dan semua perkara yang menunjukkan perbezaan bagi mereka, sebab ini termasuk bentuk tasyabbuh (meniru-niru) mereka, bertayabbuh dengan mereka diharamkan berdasarkan ijmak (kesepakatan) para ulama. Oleh demikian, orang yang melakukan perkara tersebut wajib dihukum" (Al-Iqna' fi Fiqh al-Imam Ahmad bin Hanbal, 2: 49).

IJMAK PARA ULAMA.

Para ulama telah bersepakat diatas larangan mengucapkan dan bersama-sama merayakan hari raya orang kafir.

Imam Ibnu al-Qayyim berkata:

وأما التهنئة بشعائر الكفر المختصة به فحرام بالاتفاق مثل أن يهنئهم بأعيادهم وصومهم فيقول عيد مبارك عليك أو تهنأ بهذا العيد ونحوه فهذا إن سلم قائله من الكفر فهو من المحرمات وهو بمنزلة أن يهنئه بسجوده للصليب بل ذلك أعظم إثما عند الله وأشد مقتا من التهنئة بشرب الخمر وقتل النفس وارتكاب الفرج الحرام ونحوه. وكثير ممن لا قدر للدين عنده يقع في ذلك ولا يدري قبح ما فعل

Berkata: "Adapun mengucapkan selamat sempena perayaan-perayaan kufur yang khusus maka hukumnya haram berdasarkan kesepakatan (para ulama). Misalnya, seorang (muslim) mengucapkan selamat kepada mereka (orang kafir) sempen hari perayaan mereka. Dengan ucapan: "Perayaan yang diberkahi keatasmu…" atau "Selamat gembira dengan perayaan ini" atau yang seumpamanya. Maka perbuatan seperti itu, walaupun orang yang mengucapnya selamat dari jatuh kepada kufur. Namun, perbuatan ini adalah haram, kedudukannya (hukumnya) seperti dia memberi ucapan selamat kepada orang yang sujud ke salib. Bahkan, lebih besar dosanya di sisi Allah dan dimurkai dibandingkan dia mengucapkan selamat kepada orang yang minum arak (khamr) atau membunuh orang, atau melakukan zina dan yang semisalnya. Ramai yang  ilmu agamanya tidak kukuh terjebak dalam perbuatan ini, tidak tahu kesan buruk daripada perbuatan mereka" (Ahkaam ahli al-Zimmah, 1: 441, tahqiq: Yusuf bin Ahmad al-Bakri dan Syaakir bin Taufiiq, cetakan Ramaadi li al-Nasyr, cetakan pertama 1418 H/1997 M).

Syeikh Ali Mahfuz al-Azhari pula berkata:

مما ابتلي به المسلمون وفشا بين العامة والخاصة مشاركة أهل الكتاب من اليهود والنصارى في كثير من مواسمهم كاستحسان كثير من عوائدهم ، وقد كان صلى الله عليه وسلم يكره موافقة أهل الكتاب في كل أحوالهم حتى قالت اليهود أن محمداً يريد ألا يدع من أمرنا شيئاً إلا خالفنا فيه .. فانظر هذا مع ما يقع من الناس اليوم من العناية بأعيادهم وعاداتهم ، فتراهم يتركون أعمالهم من الصناعات والتجارات والاشتغال بالعلم في تلك المواسم ويتخذونها أيام فرح وراحة يوسعون فيها على أهليهم ويلبسون أجمل الثياب ويصبغون فيها البيض لأولادهم كما يصنع أهل الكتاب من اليهود والنصارى ، فهذا وما شاكله مصداق قول النبي صلى الله عليه وسلم في الحديث الصحيح "لتتبعن سَنن من قبلكم شبراً بشبر وذراعاً بذراع حتى لو دخلوا جحر ضب لتبعتموهم" قلنا : يا رسول الله ، اليهود والنصارى ؟ قال " فمن غيرهم" رواه البخاري عن أبي سعيد الخدري رضي الله عنه .. فعلى من يريد السلامة في دينه وعرضه أن يحتجب في بيته في ذلك اليوم المشئوم ويمنع عياله وأهله وكل من تحت ولايته عن الخروج فيه حتى لا يشارك اليهود والنصارى في مراسمهم والفاسقين في أماكنهم ويظفر بإحسان الله ورحمته

Bermaksud: "Diantara musibah yang menimpa kaum muslimin baik kalangan awam mahupun orang-orang khusus adalah kaum muslimin ikut serta (terlibat) dalam perayaan hari-hari besar mereka (ahli kitab) sama ada yahudi atau nasrani, serta menganggap baik perayaan hari besar mereka. Padahal Rasulullah saw amat membenci sikap menyerupai ahli kitab dalam perkara apapun. Sehingga pernah orang yahudi berkata: "Sesungguhnya Muhammad tidak meninggalkan sesuatu dari urusan kami melainkan dia telah menyelisihi kami dalam urusan itu..."

Bandingkan bagimana sikap Rasulullah saw dengan realiti yang terjadi pada manusia hari ini yang ikut serta (terlibat) bersama mereka dalam perayaan dan kebiasaan ahli kitab. Kamu juga akan dapati pada hari-hari besar itu kaum muslimin sanggup meninggalkan kerja2 mereka (bercuti) di kilang2, jual beli dan cuti belajar. Bagi menjadikan hari-hari tersebut untuk bergembira dan rehat. Mereka memanjakan keluarga, memakai baju baru, mewarnai telur untuk anak-anak sebagaimana yang dilakukan oleh ahli kitab dari kalangan yahudi dan nasrani. Perkara ini dan yang seumpamanya merupakan bukti kebenaran sabda Rasulullah saw dalam  sebuah hadits sahih:

"Sungguh kalian akan mengikuti jalan-jalan orang sebelum kalian sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta. Sehingga apabila mereka masuk kedalam lubang biawak sekalipun, kalian juga akan mengikutinya. Kami berkata: Ya Rasullah, Adakah mereka orang-orang yahudi dan nasrani, Rasul bersabda: "siapa lagi kalau bukan mereka..?" (HR. Bukhari)

Oleh itu, sesiapa yang menginginkan keselamatan agama dan kehormatannya. Hendaklah dia tetap berada dirumah dan melarang anak-anak, ahli keluarga atau sesiapa saja yang berada dibawah tanggung jawabnya untuk tidak keluar (merayakan) pada hari (perayaan) tersebut. Juga mencegah mereka agar tidak ikut serta bersama orang-orang Yahudi dan Nasrani dalam segala program orang-orang fasik ditempat-tempat mereka" (diringkas dari kitab  al-Ibda' fi madhaari al-Ibtida', mk: 274-276).

Saturday 30 April 2016

Benih Gaharu


 Apakah itu Pokok Gaharu
Gaharu adalah sejenis pokok liar dihutan Malaysia dan oleh kerana telah di buru oleh mereka yang tak bertanggung jawab ianya telah di klassifikasi olih Jabatan Hutan Malaysia sebagai hampir pupus.



Gaharu Rimba Valley adalah satu Syarikat yang telah menanam hampir 5,000 pokok gaharu di Kuala Kangsar, Perak. Pokok pokok yang telah ditanam setahun lalu, adalah dari dua jenis popular, iaitu Agarwood Mallaccensis dan juga kacokan dari Thailand, Sub-Intra.


Kini Syarikat kami telah mula berkecimpung dalam membekal benih benih gaharu dari kedua spesis tersebut diatas dan sedia membekal kepada penggemar tanaman gaharu, atau pun pengusaha ladang gaharu. Benih benih gaharu ini terdiri dari pokok pokok berukuran 2 kaki tinggi hingga 3 kaki dan harga jualan adalah bermula dari RM6-00. Pembelian pukal lebih dari 1,000 pokok, harga boleh di runding.

Pengurus Jualan 1: Pn Faridah 012-2150525
Pengurus Jualan 2: Fizal  012-4148969




Nurseri Rimba Valley (Kota Damansara)




Nurseri kami juga diKuala Kangsar, Perak

Cara membuat Micro Organism Local:

https://www.youtube.com/watch?v=Z_vWQ_y3_xs